Friday 21 September 2012

kembali mengupdate blog..

Rasa sudah lama sangat tak mengupdate blog..takde mood rasanye nak sign in blog ni..sejak aku di sahkan preggy buat kali ke 2..nk online je rasa nak muntah..hahaha apalagi bila tengok en asben yang online rasa jeles je..laju2 kata 'dah la tu..off jela..' hihihi dengki..

minggu ni masuk minggu ke 27 aku preggy..rasa takut, suka, tak sabar pun ada..bila sekarang ni menghitung minggu ke minggu je..bila masuk 7 bulan nanti bersiap sedia la 'aku' sebab 7 bulan dah boleh bersalin...arrrrhhh... takutnye!! rasa sakit bersalin anak pertama dulu rasa baru semalam aku rasa..
kuatkah aku???

alhamdulillah..sejak2 preggy ni en asben lebih2 jadi penyayangnya..rajin membantu, suka sangat..hehehe orang kata time ni la nak manja lebih2 ngan suami minta apa je suma dapat..sebelum tidur sekarang ni dah sedia susu anmum atas meja..bahagianye rase..huhuuu rasa bersyukur sangat dapat suami macam ni..;)

satu lagi perubahan yang membahagiakan aku..sejak preggy ni 'aiman' asyik nak berkepit je ngan ummi dia ni..hihi yela orang kata dia dah tau yang ummi dia ni dah nak ada baby baru..kadang-kadang memang rasa tension sangat lebih-lebih lagi aiman meragam bila en asben outstation. Mula la aku rasa nak 'pangg!! je laju2..tapi tak sampai hati..emmm sayang sangat aiman..mmuaah..mmuuahh..;) tapi jauh di sudut hati aku rasa bersyukur sangat mungkin inilah hikmatnya..mengandung! aiman lebih rapat dengan aku..takdela kalau pegi mana2 asyik ayahnya saje yang dapat nama..sikit2 nak ngan ayah..sikit2 nak ngan ayah..tension mak.. bila aiman nak berkepit je ngan aku..mulala rasa bangga..tengokla anak sape!! mesti la dia nak ngan mak dia!! hahaha

Beza mengandungkan aiman dengan sekarang..emm.. rasa yang 2rd ni lebih kuat sket berbanding dulu..mungkin dulu duduk ngan mak..manja terlebih, hihi manjakan diri ngan mak..sebab en asben jauh masa tu..sekarang bila dah duduk sama manja ngan en asben pulak..hihi tapi tak sama la duk ngan mak dulu, dulu celik mata je suma dah siap makan jela kojenye aku..pagi breakfast, tengahari makan pulok, petang minum petang la..malam nanti makan lagi..ish ish klua2 aiman hah ambik ko 3.35 macam tak percaya pulak aku lahirkan aiman yang semangat tu secara normal je..alhamdulillah sekarang aiman membesar dengan sihatnya..senang nak jaga..

Harapan aku bersalin kali ni harap2 dipermudahkan lagi berbanding dulu..moga aku ngan baby sihat2 belaka..tak sabar rasanya nak tau jantina sebenar bayi dalam kandungan aku kali ni..exited nye..bila 5 bulan aritu scan doc kata baby macam girl..hah yeke!! alhamdulillah bersyukur sangat dapatla nanti sepasang..tp aku tetap tak nak terlalu berharap2 moga gegirl lahh yang kt dalam ni..huhuuu ;p

*Best jadi ibu..;p




 

Thursday 27 October 2011

pagi tanpa tutur kata..








                                                                              


        
                               



Thursday 20 October 2011

PETUA MENCUCI HATI

Suka bila baca, dengar or tengok slot motivasi Dr Fadzilah Kamsah, so pg ni sy nk share ngn kawan2 semua beberapa tips mencuci hati..
'Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati'
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.   
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.
semoga kita dapat mempraktikkan semua di atas sebagai amalan hidup kita seharian..susahkan..tp insyaAllah kalu kita cuba mesti suatu hari nanti kita akan jadi lebih baik dari diri kita hari ini..;)
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”   

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

selamat mencuba..assalamualaikum..;)

Wednesday 19 October 2011

ENAM CARA MUDAH MEMBUAT ANAK MERASA DISAYANGI..

Macam mana yer..just nk share ngn kawan2 semua..ada enam cara mudah yang boleh kita lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi..;)


antaranya adalah:.....


1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.



2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.
3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya
Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.



Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."





Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.     Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.


semoga kita dapat membesarkan anak2 kita dengan penuh kasih sayang..;)

Tuesday 4 October 2011

langkawi best..

Salam n terima kasih pada kawan2 yang pernah melewati *Ummi Punya Blog* lama rasanya tak update post kt my blog ni..bukan merajuk atau menyepikan diri..sekadar nk mencari ketenangan je..hihihi bertapa sat..;) Pagi tadi bila dengar celoteh abby fana kt sinar fm lokasi pelancongan di langkawi, teringtla kenangan masa bercuti di sana tahun lepas.arini cuma nk share la kenangan aku n suami honeymoon di langkawi tahun lepas..hihihi lamanya gamba ni..yolah sejak2 baru berjinak2 create blog ni..nak simpan juga gamba kami dulu-dulu..


Ingt lagi flight kami ke langkawi jam 2.30 petang, hari selasa..masa tu berdebar2 juga la..al-maklumla 1st time berada di awan..hihihi aku ni memang gayat sket..tak boleh duk tempat tinggi..nasib baik la ada en suami yang boleh bagi cool..hahaha

Mula2 gayat sangat..tapi bila dah berada di atas..mata terus terpaku bila tengok pemandangan..cantik kn..besarnya kuasa Allah s.w.t
Pulau-pulau di langkawi..Cantik sgt...teruja tengok kecantikan bumi ciptaan Allah..














Sampai juga..lapangan terbang langkawi..Sempat lagi en suami ni snap gambar yee..










kt sini la tempat kami tinggal..awana porta malai, sebenarnya  tak terfikir pun nk duduk kt sini..tapi sebelum cuti kawen adalah tanya2 pada member ofis aku..*megawati (aku panggil kak meg jer..)
hotel mana yang best kalu nk p bercuti kt langkawi ekk..kak meg la yang mencadangkan aku check in hotel ni..memang best..gambar ni dari depan..pemandangan belakang sangat2 cantik..tenang  .. dan mendamaikan..sebab menghadap laut n pulau2 kt langkawi..so..bagi kawan yang bercadang2 nk bercuti ke langkawi tu..boleh la check in kt hotel awana porto malai ni k...;)


                                                                        cantik kan...ada bot laju lg..nk p pusing2 pulau pun bole..









tenang..duk bersantai kt sini sambil jamu mata melihat pulau2 kecil di langkawi..bole hilang segala masalah..tension..apa2 saja lah..











Selama 4 hari 3 malam kami bercuti di sini sempat la aku n suami pergi tempat menarik di langkawi..antaranya Underwater world..








banyak sgt spesis ikan kt sini untuk tatapan pengunjung..dari yang kecil sampai la yang besar..geramnyeee!! kihkih







teruja sekejap..hihi..rasa mcm berada dlm laut..;)










Sempat lagi berposing..;)













alamak..besarnyee ikan..geram pulak..nk pegang..;)
agaknye la kalau ikan tu boleh bercakap mesti dia terkejut kn tiba2 kene sergah mcm tu..hihihi














langkawi best..kalau tak kita yang mengagumi negara kita siapa lg kn..
sebenarnya banyak lg gamba kami kt sana, tp sebab tangan ni da lenguh nk upload..stakat ini saje la ye..nanti upload gamba lg..;)
bye!!
assalamualaikum..




















Monday 15 August 2011

kad raya untuk korang..










Selamat Menyambut 
Hari Raya Aidilfitri...



     Maaf Zahir & Batin..                  

                                                            From : Aiman's famili      
                                                            ~mas, akim n aiman~


 p/s : jemput korang datang uma  aku              
       (kg.chinchin) raya ke 4 lepas zuhur.
       (kenduri n cukur jambul aiman)

koleksi biskut n kek..nyam..nyam..

Hari ni masuk 16 ramadhan bermakna 16 hari sudah kita berpuasa, bagi surirumah yang tidak berkerja tu mesti tengah sibuk buat kueh raya kan..umi pun nk share jugak lah kueh raya yang maybe akan buat ataupun beli jelah lagi senang kihkihkih...kueh raya yang telah umi order kt cousin suami..nyam nyam sedapnye..;)

Salah satu favourate kueh raya yang confirm ada kt dalam bekas kueh, biskut almond london..;)
hah biskut ini pun sedap, my hubby suka..biskut sampret..sekejap jer abis..hihihi jgn marah sayang! 


Antara koleksi biskut raya..bukan nk promote cuma nk share jer kalu u alls rasa nk buat @ nk order jer untuk raya ni..

  

ermm..ni make sure ada pagi raya..huhu kek coklat mesti ada.


Tahun ni nk try buat puding kastat jagung plak..balik kampung aritu umi sempatla minta resipi kt mak.senang jer rupanye..tapi tak tahu la jadi ke tidak..hehe hopefully jadi la nanti..tahun ni umi nk buat hari mantai...biskut coklat n kastat, aikk banyaknyer benda nk buat nih! hihihi sempat ker umi oiii...;)